Monday, 31 December 2012

Bercuti di Pontian, BP, dan Air hitam Johor

Pontian, Johor.

Percutian ini memang dirancang, tujuannya adalah untuk kenalkan kepada anakandaku tempat lahirnya di sini. Cadangan kami mahu bertolak selepas solat subuh (21hb Disember 2012)...tetapi tak taulah masing2 jadi penat nak pergi awal2 sangat. Akhirnya dari jam 7.45pg, barulah kami bertolak...itupun iskandar masih lagi tidur (berpakaian baju tido lagi...hehe). Kata suami ' biarlah dia tidur, sampai kat mana2 dia mandi' = mcm tu pulak.hemmmm. Kami setuju mengikuti jalan Nenasi - Rompin. Kami singgah sarapan di kedai mkan Mersing. Betul2 berhadapan SM Sains Sultan Iskandar. Wah, Iskandar....sekolah tu sama ngan nama Iskandar...Tersenyum Iskandar bila ckp mcm tu (senyum orang tak mandi pagi...hahaha)

Perjalanan diteruskan, mataku tertarik ngan binaan yang di bina di kiri kanan...apa tu abang? suami kata itulah tugu yang di bina semasa perang jepun dulu....wah, seronoknya tengok tugu tu. Ralat rasanya tak tangkap gambar tugu tu...dan teruja pula bila dengar cerita si suami tentang tugu tersebut. Rupa2nya suamiku suka ngan sejarah2 ni. Excellent!

Nak cerita perjalanan ke Pontian ni, mmg panjang la...bnyk cerita, tp terus je sampai ke rumah sewa ku semasa ku berada di Pontian. Singgah rumah Kak Yus, rumahnya tul di belakang rumah sewa lama ku dulu. Kak Yus nilah, jiran yang begitu prihatin dan dia la pengasuh pertama anakku slps Iskandar di lahirkan...dan dialah bersama suaminya menghantarku ke Hospital Pontian apabila perutku dah mula rasa sakit2 (sakit nak bersalin). Jiran dan juga ku anggap kakak...banyak jasanya pada ku dan Iskandar. TErkejut sakan kak Yus pabila kami sampai di muka pintu rumahnya (dia tul2 tak sangka...susprise.....hehehe)

Papa Iskandar menunjukkan tempat di mana temuninya di tanam.....dan suamiku bercerita lagi, mmg banyak cerita tul la. Nak buat camner, mmg suami suka bercerita kan.

Petang selepas asar, kami bertolak ke Batu Pahat...hujan mula turun. Jadi safety drive.

Batu Pahat

Kami sebenarnya tak berapa tau jln batu pahat ni, cuma berpandukan peta dalam internet...hotel pun kami cari dalam internet. Nasib baik tak sesat, tawakal jer...cuma yang susahnya jalan Batu Pahat ni one way. Salah simpang, pusing jauh la pulak....

Kami menginap di hotel Garden, ha...kenapa pilih hotel ni, sebab kami berpandukan bangunannya....hotel lain tak nampak dah....maklumlah, sampai kat BP dah nak malam. Gasakla papa, asalkan ada tempat tidur. Nasib baik kat depan hotel ni ada gerai makan. Legala sikit, tapi yang tak bestnya di kawasan ku menginap ni....kawasan yang mati..huhuhu...kul 10 mlm dah sepi. Boring la....


Mlm, kami lepak kat bawah...lepak kat cafe hotel garden ni. Leh la hilang rasa boring...ada nyanyi2. WAH...boleh tahan gak suara 2 orang budak lelaki ni. Sedang melayan mendengar nyanyian sambil tula makan2...isi perut mlm2 ni....Suamiku berbual ngan tokey cafe, peramah orangnya dan fasih berbahasa melayu. Emmmm...mengantukla papa, jom naik bilik. Iskandar pun dah merah mata nak tidur. Sok pagi nak pegi pasar karat pulak kan.

(22hb Disember 2012) Bangun pagi2...nak pegi pasar karat. Banyak barangan lama dan barangan terpakai di jual lambak di sini. Katanya barang2 dari Singapura....Seronok gak gi sini, orang pun ramai....berpusu2, dan harganya murah la kan.

pasar karat

sempat berposing....tapi Iskandar ni, tunjuk gigi besar dia la pulak...hahaha

Sebenarnya kami nak berpatah balik ke Pontian, tapi tak taulah tiba2 jer, hati ni kata terus jerla ke Air Hitam....kita ikut sana jer papa. Lain kali kita gi lagi Pontian. Suami ikut jer....

Air Hitam, Johor

Cuaca di sini begitu panas, panas hari nak hujan ni....terik lain macam. Jomlah kita singgah makan tengahari di mana2....tup2 di simpang 4 air hitam, kami nampak gerai makan, gerai makan ni berhampiran dengan balai polis lama. Pastu kat sini macam2 ada...putu bamboo pun ada dijual waktu tengahari. Suami gi beli putu bamboo, aku order mee udang, suami lak makan nasi ayam dan anak lak maggi goreng...(itu yang dimakannya). Putu bamboo kat sini mmg sedap, tak rugi rasanya membeli putu bamboo sini...

Hubby ku kata, kita carilah hotel sini...tak tahan rasanya cuaca panas begini, petang sikit kita beli-belah di air hitam ye....Abang kena rehat kat hotel. Oklah sayang.....mama ikut jer, hehehe...Yelah, kesian lak driver ni kepenatan. Jalan tergesa2. Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa juga hotel kat Air Hitam...Nama hotel ini, Hotel Air Hitam....Sampai jer terus jer kami tanya, ada bilik kosong? (dlm hati berdoa...adalah bilik kosong, yelah cuti2 mesti ramai gi Air Hitam). 'Bilik dah penuh la kak...yang ada pun bilik harganya 16+. ke atas. Kami tak nak lah bilik mahal sangat, tak berbaloi rasanya....

Ok kak....kalau nak kena tunggu dalam setengah jam. RM98 semalam.

Orait la...

Kami amat berpuasa hati ngan bilik di hotel ini, bersih dan moden, jika nak dibandingkan di Hotel Garden. Alhamdulillah...boleh la hilangkan rasa penat kami, terutamanya cik abang. He3... Malam pulak kami, gi SPA yang berdekatan...relaks badan...aku buat treatment mandian herba, suami pulak urut kaki. Harganya tak mahal la.....murah. Mandian herba RM35 dan urutan kaki RM 35.

Lama sungguh tak buat mandian sauna macam ni...bestnya....kalau ada kat PEkan, mau rasanya tiap2 minggu aku gi.

Lepas jer siap treatment...ada cerita mistik la....Sebenarnya, cerita ni dah kami tau...tapi hari tersebut, disahkan lagi....Biarlah cerita ini jadi rahsia dalam keluarga kami. hehehe...

Di sekitar Air Hitam ada beberapa program, antaranya show kereta dan motor. Juga ada pertandingan mini superbike, motor . Dan sempatlah kami bergambar.





membeli-belah di Air Hitam
 Dan....akhirnya kami bye2 Pontian, BP dan Air Hitam..Suami kata kita ikut jalan yang sama untuk balik. Sampai kat Rompin, suami keletihan...ok la, biar mama drive ye...Drive sampai ke rumah dengan selamat.

Alhamdulillah....ada rezeki kami pergi lagi ke sana...

Sunday, 9 December 2012

Selepas temuduga DG41

Alhamdulillah...itulah ungkapan pertama ketika kaki melangkah keluar dari bilik temuduga. Hehehe...

Sebelum tu memang tidur tak lena lah...tapi makan selera la pulak. Macam biasa, untuk mengatasi masalah gementar, memang adalah sedikit persiapan untuk menghadapi waktu yang saya kira menyeksakan. Sebelum masuk ke bilik penuh barakah tu, sempat lagi saya menadah tangan memohon dariNya diberi kemudahan.

Masuk jer kami seramai 6 orang guru berdiri seperti la kanak-kanak di suruh duduk. hehehe.
Sesi pertanyaan di mulakan, antara soklan2 di tanya :

1. Apakah anjakan pelan pembangunan pendidikan Malaysia yang ke 10? Terangkan.
Soalan ini terbuka tetapi saya memulakan dahulu sebab saya tahu jawapannya. (masih ingat sbb anak yang jadi penemuduga sebelum)

2. Sebutkan salah satu pelan pembangunan pendidikan Malaysia.
Soalan ini di sebut lagi kerana ada diantara kami yang tidak menjawab soalan pertama tadi. Saya memilih pelan ke 3.

3. KSSR

4. Penilaian Formatif dan Sumatif.. (alamak, sedikit kekeliruan, tapi saya tetap jawab)

5. Kaedah pengajaran di bilik darjah. (ini senang...sebab banyak sangat kaedahnya)

Apa-apa pun doaku semoga berjaya...
Ok. Nanti saya sambung