Bunga mekar berseri di hati.
Mengisi waktu sekolah, begini lah rutinku. Bangun pagi siapkan sarapan, terus je ke halaman rumah...nak kata taman, tak layak lagi bergelak Taman...kiki.
Jika waktu persekolahan, boleh dikira waktu bermanja dengan pokok2 ku ini. Itu ada yang merajuk mati...tak berbunga...daun kuning. Huhu...salah tuannya, balik dari sekolah masuk rumah terus, bersapa pun tidak. Penat wooo...saya mmg suka balik jam 5pm, siapkn kerja dan tanda buku2. Kesian bunga ku
Ok...berbalik pada cerita asal, saya suka bunga Ros atau mawar. Entah, rasa macam ada aura pada pokok ini, apatah lagi jika berbunga...rasa nak tenung lama2. Subhanallah... Begitu cantiknya ciptaanMu ini. Anak bujang sorang ni pun sama..kalo pegi nursery, dia mesti teruja dengan pokok ini....hihi...
Pokok sebenarnya perlukan perhatian dari kita...dibaja, disiram, memahaminya dan dibelai...setiap pokok berbeza kreaterianya. Wah, macam manusia pulak ye...tak kesah la...yang penting I happy dengan mereka. Tenang sahaja...
Bunga ros jepun
Ada yang panggil pokok kembang 10pagi... Bagi saya, jam 11 baru mekar berkembang....hihi...
Senang dan mudah menjaganya...menanam pun senang, potong batang kmudian cucuk ke tanah...simple kan. Cuma pokok ni hendaklah sentiasa di siram supaya Segar...
Bunga ni saya panggil hari ini, esok dan semalam.
Nama sebenarnya tak taulah...saya memang suka bagi nama sesedap sebut je. Hihi.. Skrg tengah galak berbunga. Daripada pokok ni besar, kontot tu jadi...sebab dulu cantas terus bila ada serangga putih telah menyerangnya...sakit hati tengok daun2nya lebam, tu yg terus buang..tinggal batang, akhirnya lagi cantik rupanya. Alhamdulillah...
Pudina yang di beri sentuhan kasih sayang
Pokok pudina ni mmg kesukaanku terutama daunnya tumbuh besar begitu....tertarik terpikat dengan warna dan aroma pudina...Segar je. Sebelum ini, daun2nya kecil dan batang halus. Sebab tidak cukup baja dan air. Maklumla sibuk...huhu...
Sekarang..sedang menyemai lagi. Utk Taman Sains di sekolah.
Mini garden Ku..
Yang ni memang decorations sendiri ye...entah, tiba2 rasa rajin nak membuatnya. Dletakkan di dalam rumah...pengudaraan nyaman di dlm rumah. Satu bekas ada 4 jenis pokok tu.
Ni pokok apa ye...
Nantilah cari nama pokok ni. Yang penting untuk pengudaraan dalam rumah juga. Selepas google, banyak klebihan pokok ini apabila berada dalam rumah. Cari sendiri ye...hihi
Abaikan sebelah pokok tu..kiki..itu sebenarnya bunga rampai. Kat rumah banyak daun pandan, apa lagi berbunga rampai la kita...rumah pun wangi je. I like
Ok la...kita stop dulu. Maklumla guna hdphone ni ketika berblog mmg terhad...
Oh ye....pokok bunga Ros tak ada kat sini ye....nanti uptodate. Tgh bersedih lg sbb 4 btg pokok Ros mati...huhu..yg lain masih berkabung.
Tuesday, 22 December 2015
Wednesday, 16 December 2015
Saintis muda sekolah Rendah...2015..
Syukur alhamdulillah,
Semoga terus cemerlang anakandaku.
Dari Peringkat kelompok, kemudian Daerah, Negeri Dan seterusnya Kebangsaan.
Alhamdulillah...
Semoga menjadi anak yang cemerlang Di dunia Dan Di akhirat... Aamiinn
Ke Sabah kita bah...hihi
Semoga terus cemerlang anakandaku.
Dari Peringkat kelompok, kemudian Daerah, Negeri Dan seterusnya Kebangsaan.
Alhamdulillah...
Semoga menjadi anak yang cemerlang Di dunia Dan Di akhirat... Aamiinn
Ke Sabah kita bah...hihi
Tuesday, 15 December 2015
Berjumpa kembali...alhamdulillah syukur
Syukur alhamdulillah...
Boleh berblog semula..
Hihi...sekian lama, terlupa camner nk buka blog. Akhirnya hari ini dah pndai semula buka Dan post blog
Kenangan bersama...al-fatihah tuk arwah ayahanda tercinta.
Ia menulis....huhu
Boleh berblog semula..
Hihi...sekian lama, terlupa camner nk buka blog. Akhirnya hari ini dah pndai semula buka Dan post blog
Kenangan bersama...al-fatihah tuk arwah ayahanda tercinta.
Ia menulis....huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)